Pages

Monday, 9 September 2013

Perkara-perkara Sunat, Makruh dan Haram dalam Persetubuhan





Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan
  1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.
  2. Mandi dan memakai wangi-wangian.
“Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan”. (Hadith Riwayat Tirmizi)
  1. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).
  2. Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.
  3. Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.
  4. Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insya Allah akan cerdik (berakal). Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.
  5. Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada telanjang bogel tanpa penutup kain.
  6. Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.
  7. Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).
  8. Imam Al-Ghazali berkata : “Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).

Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan
  1. Makruh jima’ pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.
  2. Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang.
  3. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
  4. Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta.
  5. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.
  1. Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam bulan Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan. Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.
  2. Fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syara’ yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan) ulama.
  3. Ada juga ulama’ berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.


Perkara yang haram dalam persetubuhan
  1. Haram jima’ ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: “Haidh itu adalah suatu kotoran”, oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci, apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata: ”Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.” ’Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh). (Riwayat Bukhari)
  1. Haram jima’ melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri. ”Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.” (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.)
  2. Haram jima’ membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
  3. Haram jima’ dalam masjid / surau.
  4. Haram jima’ sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
  5. Haram jima’ sedang dalam ihram haji atau ihram umrah
    7. Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).


Tambahan
Boleh mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang dubur.
Dari Jabir b. Abdulah berkata, bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata, Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:
“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai”. (Surah Al Baqarah – ayat 223)

Bersetubuh @ berjima’ dengan isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya. Rasulullah s.a.w. bersabda: ”…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab: “Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram dia akan berdosa? Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala.” (Hadits Riwayat Muslim).

Dan jika mahu mengulangi jima’ , hendaklah dibasuh dahulu zakar. Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, “Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.” (Hadits Riwayat Baihaqi)

Wednesday, 21 August 2013

Ikat suami dengan seks

Kaedah 'mengikat' suami yang terang-terang tidak mengikut kaedah Islam


Isteri mana yang tidak menderita sakit hati apabila suami yang dipercayai bermain kayu tiga, Mungkin ramai isteri yang merasakan lebih baik hidup sendiri daripada makan hati berulam jantung tinggal bersama suami yang bersikap sedemikian. Kehadiran isteri adalah untuk dihargai bukannya dilukai hatinya. Biarpun kelakuan suami terlalu memeritkan tapi janganlah nak terus menerus menyalahkan diri pasangan. Sungguh sukar namun nilailah diri anda pula, mana tahu mungkin puncanya datang dari diri anda sendiri.

Perlu diketahui oleh para isteri, selain daripada sikap pasangan yang sememangnya miang punca lain yang menyebabkan suami berfoya foya dengan wanita lain adalah kerana seks. Ketidakpuasan dengan layanan yang diberi oleh isteri menyebabkan ada suami kecewa dan bertindak mencari kepuasan bersama wanita lain.

Selagi isteri menidakkan kehendak seknya maka selagi itulah sikapnya berterusan, lebih buruk jika ia menjadi tabiat yang sukar dikikis. Selain dari dosa besar, tabiat itu juga bakal mengundang konflik serius dalam rumahtangga. Jadi daripada duduk bersabar menghadapi sikap suami yang sebegini lebih baik anda melayani kehendak suami apabila diperlukan dan jangan sesekali menolak keinginannya.

Disamping itu anda juga haruslah bersikap penuh kasih sayang terhadap dirinya, menyayangi, lebih mengambil berat dan merendah diri, memberikan pemahaman, ramah mesra dan membelai manja sebagaimana seeloknya perkara yang dilakukan oleh seorang isteri. Pasti ini akan mengikat hati suami dan suami sendiri akan berasa bersalah untuk melakukan sesuatu yang melukakan hati isteri.

Saturday, 24 March 2012

Gembirakan Suami



Gembirakan Suami


Berikut adalah empat perkara yang boleh anda lakukan untuk gembirakan suami dan menaikkan semangatnya untuk menyetubuhi anda:


1: Sebut nama suami.

Ketika suami anda sedang menyetubuhi anda, anda pandang tepat pada matanya dan sebutkan namanya dalam keadaan terangsang. Perbuatan ini akan menggembirakan hatinya dan dia akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan anda. Suami anda suka jika anda sebut namanya kerana ia merasakan dirinya penting bagi anda.


2: Mengerang.

Keluarkan bunyi erangan dan suara kepuasan ketika melakukan hubungan seks pasti akan menaikkan nafsu suami anda terhadap anda. Suami anda akan rasa sangat geram apabila mendengar suara erangan anda. Selain itu, dia akan rasa lebih yakin dan akan beri yang terbaik untuk memuaskan anda. Cubalah, anda pasti akan lihat bagaimana bersemangat suami anda menyetubuhi anda apabila mendengar erangan dari anda.


3: Raba dan peluk suami.

Alirkan perasaan cinta pada suami anda ketika melakukan hubungan seks. Pandang matanya apabila ada peluang. Raba dan peluk suami anda dengan penuh perasaan sayang. Apabila anda tunjukkan rasa kasih dan sayang pada suami anda, dia akan rasa gembira dan akan balas kasih sayang yang anda beri padanya.


4: Minta jangan berhenti.

Minta dan beri arahan pada suami anda seperti jangan berhenti, teruskan dan lain–lain akan menaikkan nafsu suami anda.

Keempat–empat perkara gembirakan suami di atas di lakukan untuk anda menggembirakan suami anda di ranjang. Apabila dia gembira, dia akan puaskan anda.


Monday, 12 March 2012

Seks Luar Lumrah Manusia



Seks luar lumrah manusia



Disini dihuraikan beberapa kaedah amalan seks menyimpang di kalangan Manusia

Seks sebenarnya adalah suatu yang baik jika dilakukan dengan betul mengikut syariat dan hukum. Ia bertujuan untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri, seterusnya untuk mendapatkan zuriat untuk meneruskan kehidupan mansuia sejagat.

Namun terdapat segelintir manusia yang ‘aneh’ dan ‘pelek’ dimana mereka tersangat ingin melakukan seks diluar batasan manusia normal. Dalam istilah perubatan dikatakan ’seks Menyimpang’ atau seks diLuar tabii’

Kebiasaan orang-orang yang mengamalkan seks cara salah ini tergulong dari manusia yang sadist, sedih, pilu, kecewa, pemabuk, zalim, bengis, egois, tidal mempunyai moral yang tinggi, yang yang berpoya-poya, suka pada night club, disko dan sebagainya.

Namun masih ada segelintir manusia yang pasif tetapi suka mengamalkan seks menyimpang seperti pondan atau maknyah dan sebagainya. Biasanya mereka dari golongan ini suka pada homeoseks, berasmara dan menghisap zakar dan sebagainya.

Untuk mengenali Seks Menyimpang disini,saya huraikan beberapa jenis yang diketahui:-

Onani, Mastbasi
Onani atau mastubasi, juga dikenali sebagai melacap, sama ada menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain, paha atau gesel-gesel dikelintik (clitoris) dikalangan remaja perempuan adalah dianggap normal dari sudut kesihatan.
Ianya akan menjadi keburukan, bila onani ini sudah menjadi melampau hingga terpaksa melakukannya setiap hari dan boleh menjejaskan kesihatan baik fisikal dan mental.

Tidak ada satu manusia lelaki yang normal yang tidak melalukan onani dalam hidupnya. Kalau ada manusia lelaki yang menyatakan mereka tidak pernah melakukan onani, mereka adalah pembohong besar.

Jika anda melakukan onani janganlah melampau kerana akibat dari onani melampau anda akan menghadapi antaranya , kemungkinan:
  1. Daya ingat menjadi lemah
  2. Sendi-sendi berbunyi
  3. Tuboh badan menjadi sentiasa keletihan.
  4. Anda akan menjadi selalu mengantuk
  5. Tidur menjadi berlebihan
  6. Banyak khayalan
  7. Bimbang akan terjebak dengan perzinaan

Bila terjebak dengan penzinaan / rogol, anda berisiko akan menghadapi:
  1. Terkena jangiktan gonorrhoea atau siflis
  2. Terkena AIDS atau HIV, Herpes Genitalis
  3. Jail atau dipenjara


Homoseks
Seks dikalangan lelaki sama lelaki, kebiasaanya mereka melakukan seks dengan cara memasukkan zakar ke dubur. Lelaki jenis ini jika berkahwin sekali pun, mereka tetap akan melakukan seks dengan isteri melalui dubur.
Seks beginilah puncanya penyakit AIDS atau HIV

Lesbian
Lesbian dikalangan remaja melayu tidak begitu serius. Ia berlaku dikalangan anak-anak remaja perempuan yang tinggal diasrama atau di kilang-kilang.

Biasanya kumpulan perempuan ini tidak sukakan lelaki, maka mereka beraleh melakukan cumbuan-cumbuan dikalangan sesama mereka. Satu orang bertindak sebagai lelaki dan satu orang bertindak sebagai perempuan.

Ada yang teruk hingga sanggup membeli zakar plastik dan menusukkan kefaraj temannya.
Cara ini boleh merusakkan dara anda !


Scoptophilia
Ini sejenis manusia yang suka dan seronok melihat orang lain bersetuboh. Jangan terkejut mendapati manusia ini suka melihat isterinya atau anaknya sendiri disetubohi oleh orang lain.
Mudah-mudahan tidak ada golongan ini dalam masyarakat Melayu.


Voyeirisme
Orang yang suka mengintip perempuan mandi telanjang melalui mana-mana lubang yang terdapat dirumah mereka. Ada yang sanggup tidur satu malam diatas bumbung hanya sekadar melihat suami-isteri bersetuboh. Sambil mengintai, mereka juga turut melakukan onani. Hal ini biasa berlaku dikalangan anak-anak kampong.


Podophilia
Lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak atau cucunya sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada orang dewasa


Beastially
Orang yang suka melakukan seks dengan haiwan atau binatang peliharaan seperti ayam, itek, lembu, kambing, anjing dan kadang-kadang dengan ular.
Anak-anak dikampong selalu mencari ayam atau kambing untuk melakukan seks jenis ini.


Fetishisme
Lelaki yang suka menyimpan dan mengumnpul barang-barang perempaun seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala dan sebagainya.


Nyamphomania
Perempuan yang kuat nafsu seks, tidak puas satu lelaki. Mereka akan melakukan seks dengan banyak lelaki.


Satyriasis
Lelaki yang kuat nafsu dan suka melakukan seks dengan banyak perempuan.


Necrophilia
Orang yang melkukan seks dengan mayat.


Incest
Melakukan seks dengan keluarga terdekat seperti ibu, adik, kakak, bapa.


Zoophilia
Orang yang suka melihat haiwan melakukan seks


Molested
Percubaan melakukan seks secara paksa sama ada raba-raba punggong atau buah dada atau mengambil kesempatan sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan.


Trollisme
Lelaki yang suka melihat perempuannya disetubuhi oleh orang lain


Wifeswapping
Orang yang suka menggangu isteri dan suka lakukan seks pada isteri orang. Juga mereka suka bertukar-tukar isteri untuk seks.


Exhibitionisme
Orang yang suka melihat perempuan berjalan khusunya bahagian punggong sehingga menimbulkan keghairahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...