Pages

Sunday, 11 December 2011

Saiz Zakar Mengikut Keturunan

SAIZ ZAKAR MENGIKUT KETURUNAN

Memiliki anggota seksual sempurna menjadi idaman semua lelaki. Jarang lelaki memiliki anggota seksual kecil atau cacat.Jika ada, masalah ini memberi perasaan rendah diri dan sukar bergaul dengan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan wanita. Sebilangan besar lelaki memiliki anggota seksual yang berfungsi normal, boleh mencapai kekerasan apabila terangsang dan berukuran biasa untuk lelaki Asia (panjang 9-14 sentimeter/sm dan ukur lilit 8-13sm) tetapi sebilangan mereka rasa tidak puas, lebih lagi yang bertubuh rendah dan inginkan alat kelamin lebih besar. Mereka beranggapan, jika berbadan tinggi atau besar, ukuran zakar patut begitu!

Sebenarnya bentuk, saiz, termasuk ukuran panjang dan ukur lilit zakardipengaruhi keturunan, bangsa dan baka. Anggota seksual lelaki jika kerap digunakan akan kelihatan mantap. Tinjauan beberapa peninjau seks dan wanita menyatakan, zakar kelihatan mantap dan ‘besar’ jika kerap digunakan. Sebaliknya, jika lama tidak digunakan, ia kelihatan kecil dan kecut. Tidak salah untuk membelai anggota sulit dengan krim dan sentuhan ringan sekali sekala untuk kesejahteraan anggota itu, tetapi elak beronani kerana khuatir menjadi ketagih dengan perbuatan itu dan mengakibatkan masalah lain.

Losyen/minyak mengandungi herba tertentu, termasuk ekstrak ikan belacak/lintah, dapat membantu memantapkan anggota sulit sekadar strukturnya dan tidak dapat menambah saiz. Sama juga dengan alat pam vakum yang pernah satu ketika dulu digunakan untuk menambah saiz. Apa berlaku, ia cuma meningkatkan saiz untuk sementara waktu. Hanya kulit zakar kelihatan panjang dan gelap hasil cara itu.


TEMUJANJI DAN PERKHIDMATAN BOLEH HUBUNGI
RMH HAFIZ 0193393290
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...