![]() | |
| Kaedah 'mengikat' suami yang terang-terang tidak mengikut kaedah Islam |
Isteri mana yang tidak menderita sakit
hati apabila suami yang dipercayai bermain kayu tiga, Mungkin ramai isteri yang
merasakan lebih baik hidup sendiri daripada makan hati berulam jantung tinggal
bersama suami yang bersikap sedemikian. Kehadiran isteri adalah untuk dihargai
bukannya dilukai hatinya. Biarpun kelakuan suami terlalu memeritkan tapi
janganlah nak terus menerus menyalahkan diri pasangan. Sungguh sukar namun
nilailah diri anda pula, mana tahu mungkin puncanya datang dari diri anda
sendiri.
Perlu diketahui oleh para isteri,
selain daripada sikap pasangan yang sememangnya miang punca lain yang
menyebabkan suami berfoya foya dengan wanita lain adalah kerana seks.
Ketidakpuasan dengan layanan yang diberi oleh isteri menyebabkan ada suami
kecewa dan bertindak mencari kepuasan bersama wanita lain.
Selagi isteri menidakkan kehendak
seknya maka selagi itulah sikapnya berterusan, lebih buruk jika ia menjadi
tabiat yang sukar dikikis. Selain dari dosa besar, tabiat itu juga bakal
mengundang konflik serius dalam rumahtangga. Jadi daripada duduk bersabar
menghadapi sikap suami yang sebegini lebih baik anda melayani kehendak suami
apabila diperlukan dan jangan sesekali menolak keinginannya.
Disamping itu anda juga haruslah
bersikap penuh kasih sayang terhadap dirinya, menyayangi, lebih mengambil berat
dan merendah diri, memberikan pemahaman, ramah mesra dan membelai manja
sebagaimana seeloknya perkara yang dilakukan oleh seorang isteri. Pasti ini
akan mengikat hati suami dan suami sendiri akan berasa bersalah untuk melakukan
sesuatu yang melukakan hati isteri.
