Pages

Tuesday, 6 December 2011

FISIOLOGI SEKS PEREMPUAN

Fisiologi Seks Perempuan



Perempuan Peringkat Bayi (1 hari hingga 1 tahun)

Jantina bayi boleh dikenal pasti selepas bayi dilahirkan.
Jika sudah pasti perempuan, bersyukurlah.
Pada amalan Syariat Islam, seseorang kanak-kanak perempuan mesti di SUNNATKAN bukan diWAJIBKAN untuk melakukan upacara bersunat dengan melalui buloh kecil berulang kali keatas kelintit (clotoris) TANPA membuang atau menghiris kelintit.

Jangan menzalim anak-anak perempuan dengan membaung terus kelintit, kerana ini akan menyebabkan hilang nafsu seks diwaktu dewasa dan ini adalah satu KEZALIMAN yang anda lakukan terhadap anak gadis anda.

Perempuan Peringkat Kanak-Kanak (1 hingga 10 tahun)

Kanak-kanak perempuan cepat membesar dari lelaki, pada peringkat ini sedikit demi sedikit kelihatan kegadisannya menonjol seperti lagak jalanan, suara, jenis permainan, buah dada, punggong.

Perempuan Peringkat Remaja  (10 hingga 19 tahun)

Alam remaja, haid datang buat pertama kali. Alat kelamin mula membesar dan menonjol.
Usia 15-16, 17 anak-anak remaja perempuan mula pandai berbohong dan pandai jumpa boy friend. Mula meminati lelaki dan cakap soal lelaki.


Mula mencari jalan untuk jumpa dengan boy friend.
Berkhayal untuk bermesra dengan lelaki.
Jika melakukan seks diwaktu ini, ia boleh menghamilkan seseorang perempuan. Awas !
Jangan terlalu bebas diwaktu ini, amat merungsingkan bagi ibu bapa.

Perempuan Peringkat Dewasa (20 – 28 tahun)

Sudah pandai seks dan alam rumah tangga.
Mengurus rumah tangga.
Waktu ini harus banyak bersabar, kerana banyak hal-hal berlaku dalam rumah tangga diluar dugaan.

Perempuan Peringkat Umur 29 – 40

Sibuk dengan anak-anak dan rumah tangga. Kadang-kadang layanan seks untuk suami tidak dihiraukan.
Sebab mudah, diwaktu suami mengajak untuk melakukan hubungan badan, anak menangis meminta susu ibu.
Ibu terpaksa melayan anak, suami menjadi kesepian.
Bila hal ini berlalu terlampau kerap, si bapa akan keluar rumah ‘mencari sesuatu yang hilang’ dirumah untuk menghiburkan kesepian.

Nafsu seks perempuan mula menurun sebab sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga. Badan tidak dijaga lagi, suami tidak terurus.

Ini adalah sifat semulajadi – fitrah alam yang harus anda tempuhi.
sayang-sayanglah suami anda, sayang-sayanglah rumah tangga anda.

Untuk membinanya anda memerlukan 15 tahun dan lebih tetapi untuk memusnahkan, memadai hanya 3 patah perkataan ‘aku cerai kamu’ !!

Di sini ingin diingatkan kepada para wanita walau sesibuk mana pun anda letakkanlah suami  di tempat teratas selepas Allah dan Rasul. Cuba berikan layanan kelas pertama pada suami anda kerana Suami adalah asset kita untuk ke syurga selain daripada taat kepada Allah dan Rasul.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah berkata yang maksudnya: “Wanita mana saja yang meninggal dunia, sementara suami reda dengannya, maka ia pasti masuk syurga.”

Isteri yang derhaka kepada suami, solatnya tidak akan diterima dan segala kebaikan dilakukannya tidak akan terangkat ke langit, sehingga suami reda dan memaafkannya, seperti diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga jenis orang yang solatnya tidak akan diterima dan tidak pula diangkat kebaikannya ke langit, iaitu hamba sahaya yang lari tuannya sehingga ia kembali, lalu meminta maaf kepadanya. Wanita yang membuatkan suaminya marah sehingga suaminya reda kepadanya serta seorang pemabuk sehingga ia sedar.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...