Seks mempunyai kaitan rapat dengan berat badan terutamanya wanita. Ada yang mengamalkan diet untuk melangsingkan badan, namun hasilnya gagal. Setelah sering melakukan hubungan seks keputusanya berjaya. Ini masih boleh diperbincangkan, maklumlah pada pendapat blogger faktor pemakanan pun penting, kawallah sikit waktu makan tu.
Tekanan jiwa dapat dihilangkan dengan melakukan hubungan seks yang teratur dan mendapat kepuasan yang sepenuhnya. Suami isteri hendaklah berbincang dari heart to heart tentang hubungan seks mereka,suami pula janganlah asyik nak puas sorang-sorang, asyik pulun(kata orang utara) bila dah inzal isteri ditinggalkan keseorangan, badan dan muka dah di alih membelakangkan isteri, kesian gitu..bagilah isteri inzal dan puas dulu, tak luak pun, bersabar dan tenang jangan rakus dan gila seks aje! Isteri pula seharusnya berbincang posisi yang sesuai untuk merasa nikmat sewaktu hubungan seks berlangsung, posisi hubungan seks perlu pelbagai tetapi mengikut keselesaan masing-masing. Janganlah malu nak berbincang, kan dah menjadi suami anda, apa nak dimalukan, berbincanglah dan terangkan masalah anda jika selama ini hubungan seks merupakan perkara yang membebankan anda.
Terdapat juga wanita atau lelaki yang mengalami buasir akan hilang setelah melakukan seks
Ketidakpuasan hubungan seks juga boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan jiwa, sering dalam kecemasan, sakit dada dan penyakit jantung.
Penagih alkohol yang sering mengalami ketegangan jiwa boleh hilang sekiranya mendapat kepuasan seks(memimun arak dah la haram lepas tu berzina pulak,memang benarlah Allah melarang kita meminum arak kerana selain merosakkan organ di dalam badan,otak hilang kawalan dan boleh menjerumuskan kepada pelbagai maksiat termasuklah zina.)
Penyakit jantung dapat dihindari melalui seks yang tenang,kerana faktor penafasan dalam dan luaran digunakan sewaktu hubungan seks.
Seks juga merupakan satu cara untuk mereka yang mengalami masalah sukar tidur. seks merupakan pil tidur yang mujarab. Sekiranya suami isteri melakukan hubungan seks tetapi masih tidak dapat tidur dengan nyenyak itu maknanya salah seorang atau kedua-duanya tidak puas di dalam melakukan hubungan seks.
Hubungan seks yang sihat dan tenang mampu menjadi awet muda
